Ahad, 30 Mei 2010

Sayap Kanan Pemerintahan Islam

Buat pertama kalinya dalam sejarah islam, dimana kelab penyokong pas yang terdiri dari pelbagai bangsa bukan islam seperti india, cina, orang asli dan sebagainya bersama2 membantu kerajaan islam, dan tanggal 23.mei.2010...

Kelab penyokong telah di naik taraf kepada DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS...yg berlangsung di daerah Klang..

Perjuangan islam bukan memilih bangsa atau kaum...tetapi perjuangan ISLAM untuk semua bangsa tidak kira warna kulit, bangsa, rupa atau sebagainya...islam itu syumul..iaitu menyeluruh..

Jika diperhatikan, apakah bezanya diantara negara yg memperjuangkan bangsa dan negara yg memperjuangkan ISLAM??







Khamis, 27 Mei 2010

Perjalanan seorang pejuang

Sejak kecil ana diasuh dengan didikan yang begitu ketat,,,dimana setiap pelajaran agama umi dan abi ana akan di ajar dari pangkal hingga ke hujungnya...walaupon kite yang kecik2 rase nk main je..tgk kartun, main nyorok2, polis antri..

tp disebalik kelalaian tu ana di ajar dgn menyebut nama Allah sahaja pd umur yg ana sendiri xde kudrat nk bejalan..ntah la..mungkin 2,3 tahun...

Alhamdulillah, bile ana berumur lbh kurg 5,6 tahun..lbh kurg la..ana da pandai mengaji dgn lancar..umur yg sangat awal bg kanak2 untuk kuasai mukjizat Rasulullah ni..

ketika ana 11 tahun, ana bersekolah di Madrasah Darul Mujahidin, dimana ana terpaksa dok asrama...terpaksa memisahkan antara keduniaan dengan dunia akhirat..

ana belajar segala ilmu agama bersama ustaz dan ustazah yg berpengalamn dr serata dunia..pd ketika ini juga ana diberi penghormatan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada member2 sendiri!..

memang malu dan segan dan takut untuk mengajar..yela, sape tak takut jika salah mengajar ape lg..dosa la..tajwid salah, bacaan salah, tiun salah...mati ana..tp dgn berkat nasihat dan didikan ustazah, tiap2 mlm ana mengajar member ana sendiri...

sepanjang 5 tahun ana berada di Madrasah, bermacam2 ragam dan pengalaman yang ana dapat..kawan yg baik, pengalaman pahit..haha...kene tgkp mkn megi..kantoi bace komik..kene botak pale...hilang hensem..panggilan jihad waktu mlm,,meriam buluh bulan pose...byk la...kadang2 rindu pd sahabat2 semua..


selepas ana keluar dr Madrasah, ana berpindah disebabkan byk perkara..pd ketika itu ana form 3..mgkn disebabkan member2 ramai pindah...kene pki jubah form 4(hoho)...tp ape yg ana betul2 nk pindah disebabkan umi ana melahirkan adik ana, sumaiyah as-syahidah..umi ana masih sakit n ana betul2 nk duduk umah..

ana rase bersyukur dilahirkan dalam keadaan yg sempurna, diberi ibu bapa yg mendidik anak sekuat2 iman hingga hari ini, walaupon ade dosa2 yg ana lakukan berat maupon ringan di dunia..

ana memohon ampun kepada Allah dan sahabat2 semua..

kepada sahabat2 ana yg merasakan dirinya tidak dididik dgn agama, tidak tau cara sembahyang, tidak tahu mandi wajib atau ape2 saje..Allah memberikan ujian kepada semua..Allah memberi akal kepada manusia untuk membezakan baik dan buruk...

akal diberikan untuk kite berfikir, kaki diberikan untuk pergi mencari ilmu, tangan diberikan untuk membuat perkara2 yang disuruh oleh Allah....segala anggota bdn jelas memberitahu supaya kite dapat mempelajari ilmu di muka bumi ini..

tiada istilah islam itu susah atau leceh..sedangkan Rasulullah dan para sahabatya berjuang bermati - matian mempertahankan agama Allah ni...so think about it!

Selasa, 25 Mei 2010

Jihad Fisabilillah...Mati untuk Allah dan Rasulullah



Assalamualaikum,

ini merupakan kali pertama ana membuat blog...walaupun ana kureng dalam menyebarkan dakwah melalui tenet ni,apatah lagi dakwah secara terang - terangan..yang ana paling takut apabila..kita telah mati satu hari nanti, examanation dr Allah atau malaikat bertanya "adakah kamu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah?"

Zaman yang kita lalui skrg merupakan zaman kejatuhan selepas pemerintahan Turki Uthmaniyah...seorang pemerintah akan muncul semula sepertimana Rasulullah S.A.W Bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya Allah senantiasa akan membangkitkan untuk umat ini, pada setiap akhir 100 tahun, seorang yang akan mentajdid agamanya"
(Hadith sahih riwayat Abu Dawud, juga disahihkan Al-AlBaani dalam sunan Abu Dawud no.4291 dan Silsilah hadith sahih no.148)

Zaman yang kita lalui skrg ialah zaman kejatuhan, para - para ulama dihina, keagungan islam dicemarkan...

tiada lagi rasa hormat pada perjuangan islam..
sesiapa yg menghina ulama pada akhirnya dia tetap akan memakai serban dan jubah!!

Kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini, berjihadlah di jalan Allah...tidak kira ape sumbangan kita pada umat islam, ia tetap membantu dan di hisab di akhirat kelak..

kepada kawan2 ana terutamanya, tidak kira sape :

- jangan sesekali tinggal sembahyang
- jangan tinggal pose walaupun dalam keadaan letih(kecuali uzur)
- tutup aurat..bukan istilah isu berat atau malas.

walaupon peringatan ini hanya kecil, tetapi ia dapat membentuk seseorang...percayalah
kerana Allah sentiasa bersama dengan kita..ana berani kemukakan ini disebabkan ana akan di tanya "kenapa tidak mengajak kawan kamu kepada jalan yang benar?"....bukan ana saje,,tetapi semua sekali akan ditanya....

-renungkan wahai para pejuang semua-